Tuesday, December 22, 2009

Tugu Negara

Di perkarangan Tugu Negara tersergam sebuah arca tugu peringatan gangsa yang terbesar di dunia. Arca ini dicipta pada tahun 1966 oleh Felix de Weldon iaitu seorang pereka terkenal yang juga telah mencipta tugu peringatan Iwo Jima di Washington DC.

Tujuh orang askar yang membentuk tugu peringatan ini melambangkan ketaatan, pengorbanan dan kerjasama penduduk Malaysia. Tugu ini didirikan bagi memperingati jasa mereka yang terlibat (dan terkorban) di dalam Perang Dunia Kedua dan sewaktu Darudat di Malaya. Tugu ini terletak di lokasi yang tenteram, di kelilingi dengan kolam air pancut yang dihiasi arca bunga teratai yang diperbuat dari pewter.

Bersebelahan Tugu Negara terletak Taman ASEAN dan Memorial Tun Razak di mana tersimpannya barang-barang peninggalan Perdana Menteri Malaysia yang kedua iaitu allahyarham Tun Abdul Razak Hussein.


Tips
Tugu Negara paling sesuai dilawati di sebelah petang kerana tugu tersebut terletak di kawasan terbuka. Pelawat juga disyorkan melawat Taman Tasik Perdana yang berdekatan.


Pengangkutan
Jalan Darat (Teksi)
Tugu Negara terletak bersebelahan Taman Tasik Perdana di Jalan Parlimen.


Talian Untuk Dihubungi
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Penerangan Pelancongan Kuala Lumpur di talian : +603-2615 8188
Talian Infoline Pelancongan : 1-300-88-5776

1 comment:

  1. Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
    Dalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
    Yang Ada :
    TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
    Sekedar Nonton Bola ,
    Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
    Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
    Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
    Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
    Website Online 24Jam/Setiap Hariny

    ReplyDelete