Wednesday, December 23, 2009
Stadium Merdeka
Stadium Merdeka merupakan stadium sukan di Kuala Lumpur. Kerja-kerja pembinaannya diselenggarakan oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) mulai bulan Julai 1956. Pada 15 Februari 1957, Almarhum Tunku Abdul Rahman yang menjadi Perdana Menteri Malaysia ketika itu telah meletakkan batu asas Stadium Merdeka. Stadium ini mempunyai kemudahan dan kelengkapan sukan yang setanding dengan stadium-stadium antarabangsa di negara-negara lain ketika itu dan mempunyai tempat duduk bagi 22,000 orang, dan 3,000 darinya terletak di bawah bumbung ketika dibuka. Kini stadium ini mampu menampung sehingga 45,000 orang penonton.
la mempunyai 14 buah "terowong" yang merupakan pintu keluar-masuk stadium. Kawasan tempat duduk yang berbumbung itu adalah sepanjang 30 kaki, bumbungnya 60 kaki panjang ke hadapan dan tinggi 40 kaki dari bawah. Empat buah tiang lampu setinggi 140 kaki juga dibina untuk kegunaan upacara-upacara yang diadakan di waktu malam.
Pembinaan stadium ini adalah merupakan satu kemajuan ke arah perkembangan dan kegiatan sukan dan kebudayaan di negara ini. Dengan adanya stadium ini, ia dapat memberi kemudahan bagi kegiatan-kegiatan sukan, kebudayaan dan perhimpunan-perhimpunan raksaksa peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Di samping itu, perpaduan yang erat dapat ditanamkan melalui kegiatan-kegiatan sukan dan upacara kebangsaan yang diadakan di Stadium ini.
Pengistiharan kemerdekaan Malaysia oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman.
Stadium ini mula digunakan untuk satu upacara yang bersejarah dalam sejarah tanahair, iaitu pengisytiharan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman selepas dirasmikan sehari sebelumnya. Seramai 10,000 orang membanjiri stadium ini ketika perisytiharan itu dibuat pada pagi 31 Ogos 1957.
Tetapi pada satu ketika semasa stadium yang diuruskan oleh Perbadanan Stadium Merdeka ini menjadi satu tempat paling bersejarah, ia pernah dicadangkan untuk dirobohkan semasa zaman Tun Dr. Mahathir. Alasannya adalah bagi memberi peluang kepada pembangunan kompleks pejabat dan hiburan bernilai RM 1 bilion. Tetapi atas inisiatif beberapa orang termasuk Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia sekarang yang menghantar surat kepada Tun Dr. Mahathir supaya stadium ini jangan dirobohkan, Tun Dr. Mahathir menyatakan bahawa Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi terlalu sentimental dengan nilai sejarah ini. Akhirnya pada Februari 2003, Stadium Merdeka telah dinamakan sebagai bangunan warisan kebangsaan.
Pada 2007, Stadium Merdeka mengalami pemulihan kepada keadaan yang asal seperti yang pada 1957. Stadium ini dengan kapasiti sebanyak 45000 tempat duduk akan dikurangkan kepada 20000 tempat duduk, yang bermaksud bahawa beberapa blok-blok teres atas dibina sejak bertahun-tahun akan dirobohkan. Pekerja memulakan kerja merombak bumbung ke tempat duduk VI. Pengubahsuaian ini adalah bahagian rancangan ulang tahun Malaysia ke-50 untuk menghidupkan semula masa tersebut apabila Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan kemerdekaan di sini.
Tips
Antara peristiwa yang menjadi sejarah di stadium ini adalah Pengisytiharan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 dan Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Antarabangsa (dahulunya Musabaqah Al-Quran) Kali Pertama di adakan di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur, 1960.
Pengangkutan
Kenderaan Sendiri
Anda boleh memandu terus ke perkarangan stadium ini. Ia ber dekatan dengan Hospital Besar Kuala Lumpur
Talian Untuk Dihubungi
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pejabat Pelancongan Kuala Lumpur di talian : +603-2615 8188
Talian Infoline Pelancongan: 1-300-88-5776
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
ReplyDeleteDalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
Yang Ada :
TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
Sekedar Nonton Bola ,
Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
Website Online 24Jam/Setiap Hariny