Dataran Merdeka yang dinamakan sempena memperingati hari kemerdekaan Malaysia adalah destinasi paling sesuai untuk menyingkap sejarah bandar raya Kuala Lumpur.
Di sinilah tempatnya di mana bendera Union Jack diturunkan pada 31 Ogos 1957 menandakan tamatnya zaman penjajahan Inggeris di sini.
Pada detik tersebut, Perdana Menteri Malaysia yang pertama iaitu Tunku Abdul Rahman telah memimpin ribuan warga negara dengan laungan keramat: "Merdeka! Merdeka! Merdeka!" sebagai pengisytiharan kemerdekaan Malaysia.
Kini, tiang bendera setinggi 100 meter mengibarkan bendera Malaysia bagi memperingati hari yang bersejarah tersebut.
Padang di Dataran Merdeka memainkan peranan penting sebagai tapak perarakan polis dan lokasi bagi pelbagai acara dan aktiviti sukan seperti kriket pada suatu masa dahulu. Landskap dataran yang direka indah ini juga memberikan pemandangan kaki langit ibukota yang menawan.
Bangunan Kelab Selangor terletak di tepi padang Dataran Merdeka. Bangunan yang mempunyai senibina ala-Tudor ini dibina pada tahun 1890 dan pernah menjadi tempat tumpuan warga elit di Kuala Lumpur suatu ketika dahulu.
Di seberang padang Dataran Merdeka pula ialah bangunan Sultan Abdul Samad. Bangunan yang mempunyai ciri-ciri senibina Islam ini disempurnakan pada tahun 1897 dan pernah digunakan sebagai pejabat beberapa jabatan pentadbiran yang penting sewaktu zaman penjajahan Inggeris dahulu.
Tips
Bertemulah dengan pengunjung lain di Dataran Merdeka, yang sentiasa menjadi tumpuan. Padang berumput ini turut menjadi tempat perarakan sambutan kemerdekaan selain acara tempatan dan luar negara lainnya. Di sini, terdapat juga tiang bendera tertinggi di dunia.
Pengangkutan
Jalan Darat (Keretapi)
Dataran Merdeka terletak hanya 5 minit sekiranya anda berjalan kaki dari Pasar Seni. Sekiranya anda menaiki PUTRA LRT, turun di stesen Pasar Seni, keluar di sebelah belakang bangunan ini, belok ke kanan dan gunakan jambatan untuk menyeberangi sungai. Dataran Merdeka terletak di hadapan Jalan Raja.
Talian Untuk Dihubungi
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pejabat Pelancongan Kuala Lumpur di talian : +603-2615 8188
Talian Infoline Pelancongan : 1-300-88-5776
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
ReplyDeleteDalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
Yang Ada :
TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
Sekedar Nonton Bola ,
Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
Website Online 24Jam/Setiap Hariny