Tuesday, December 22, 2009

Muzium Negara

Muzium Negara merupakan muzium yang ulung di Malaysia yang terletak berhampiran dengan Taman Tasik Perdana. Ia memainkan peranan penting dari segi sejarah, kebudayaan dan ekonomi di negara ini. Muzium Negara telah menjadi pusat menyimpan kekayaan warisan dan kebudayaan negara serta memberi pengetahuan kepada masyarakat setempat dan pelancong melalui pameran, penerbitan dan pendidikan. Bangunan ini telah dibuka secara rasmi pada Ogos 1963 oleh Yang di Pertuan Agong yang ketiga, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Putra Al-Haj ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalullail. Pembinaan muzium ini dicadangkan oleh Tuanku Abdul Rahman Putera Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia yang pertama.

Tapak bangunan Muzium Negara ini adalah bekas Muzium Selangor yang telah musnah akibat letupan bom semasa Perang Dunia Kedua dahulu. Rekabentuk bangunan ini adalah gabungan dari elemen estetik dan ukiran tradisional Melayu yang panjang bangunannya adalah 110 meter dan tingginya 35 meter. Ia terdiri dari 3 tingkat di mana di tingkat bawah adalah bahagian pejabat serta terdapat bilik perundingan, studio lukisan, perpustakaan dan bilik makmal. Terdapat 2 balai pameran sementara di tingkat dua iaitu dewan A dan B. Dewan pameran A adalah untuk memuatkan galeri kebudayaan dan dewan B pula adalah untuk pameran yang mengambarkan keseluruhan keadaan di Malaysia. Ia merupakan dewan utama yang berukuran 90 kaki panjang, 50 kaki lebar dan 60 kaki tinggi. Dewan ini adalah khas untuk pameran dan secara purata 6-8 pameran setiap tahun.

Di tingkat dua, juga terdapat 2 dewan pameran kekal iaitu dewan C dan D. Dewan C adalah ruangan galeri persekitaran alam semulajadi sementara dewan D pula memuatkan 3 pameran iaitu pameran senjata, peralatan muzik dan peralatan seramik. Antara pameran yang sentiasa diadakan di situ adalah seperti pameran kebudayaan Malaysia, bahan prasejarah, senjata, seni pertukangan tangan, mata wang, pingat-pingat dan cara hidup orang asli di Semenanjung Malaysia.

Lukisan dinding sebelah Timur berhadapan dengan Jalan Travers mengambarkan kronologi sejarah Tanah Melayu termasuk Sejarah Kesultanan Melayu Melaka, Zaman Kolonial dan sejarah kemerdekaan Tanah Melayu. Di sebelah Barat pula mengambarkan aktiviti ekonomi di Malaysia, perayaan tradisional dan warisan budaya masyarakat Malaysia. Di kawasan luar muzium juga terdapat barang-barang lama seperti kepala keretapi, istana lama dan sebagainya. Kemudahan lain yang disediakan untuk para pengunjung adalah kafeteria, kedai cenderamata, kemudahan untuk orang yang kurang upaya dan kerusi roda, bilik sembahyang, bilik rehat dan tempat meletak kenderaan.

Tips
Muzium Negara terletak berdekatan Jabatan Muzium Malaysia, Jalan Damansara. Masa: 9 pagi - 6 petang Dibuka setiap hari kecuali pada Aidil Fitri dan Aidil Adha.

Pengangkutan
Teksi atau Bas
Lokasinya di Jalan Damansara, Muzium Negara menjadikan ia tempat yang dikenali. Anda boleh ke sini menggunakan bas atau teksi. Ia juga berdekatan KL Sentral.

Talian Untuk Dihubungi
Muzium Negara Malaysia, Jalan Damansara, 50566, Kuala Lumpur.
Tel: 603-2282-6255
Fax:603-2282-6434
http://www.museum.gov.my/

1 comment:

  1. Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
    Dalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
    Yang Ada :
    TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
    Sekedar Nonton Bola ,
    Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
    Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
    Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
    Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
    Website Online 24Jam/Setiap Hariny

    ReplyDelete