Minat terhadap kesenian Islam telah mula berkembang sejak beberapa tahun yang lalu. Menyedari akan hal ini, muzium ini disempurnakan pada tahun 1998, lantas menjadikan Malaysia tuan rumah muzium kesenian Islam yang terbesar di Asia Tenggara.
Bangunan muzium ini merangkumi kawasan seluas 30,000 meter persegi dan terletak di kawasan yang segar menghijau di Taman Tasik Perdana Kuala Lumpur.
Muzium Kesenian Islam Antarabangsa ini mengandungi lebih dari tujuh ribu bahan artifak dan sebuah perpustakaan yang mengandungi sejumlah besar buku yang berkaitan kesenian Islam.
Bahan-bahan artifak seni yang dipamerkan terdiri dari objek sekecil perhiasan yang indah hingga ke salah sebuah model Masjidil Haram yang terbesar di dunia.
Objektif muzium ini adalah untuk mempamerkan koleksi kesenian Islam yang benar-benar mewakili keseluruhan dunia Islam. IAMM memberikan penekanan kepada hasil kesenian dari Asia dan tidak bertumpu semata-mata kepada hasil seni dari Parsi dan Timur Tengah.
Hasil seni dari negara China dan Asia Tenggara juga banyak terdapat di sini. Komponen ketiga terutama di dalam masyarakat Malaysia ialah India yang juga telah diberikan penghormatan yang sepatutnya. Malahan dunia India, China dan Melayu membentuk kategori eksklusifnya yang tersendiri.
Bahan-bahan artifak yang lain pula dipamerkan di 12 buah galeri lain berdasarkan jenis artifak tersebut dan bukan tempat asalnya.
Tips
Pelawat disarankan memeriksa laman web IAMM bagi mengetahui acara-acara pameran khas yang mungkin dilangsungkan ketika lawatan anda ke sana.
Pengangkutan
Berjalan, Teksi
Terletak di antara Taman Tasik Perdana dan Masjid Negara.
Talian Untuk Dihubungi
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web : www.iamm.org.my
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment