Tanyalah sesiapa saja di Malaysia, tentang Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, dan mereka pasti bercerita tentang filem-filemnya yang lucu dan membawa penuh pengajaran seperti ' Bujang Lapok', 'Madu Tiga' atau 'Keluarga 69'.
P. Ramlee sememangnya seorang artis yang versatil, malah menjadi penyanyi, komposer, pengarah dan juga pelakon. Pelakon tersohor ini meninggal dunia pada 29 Mei 1973.
Hari ini rumah kediamannya di bawah penjagaan Arkib Negara dan diiktiraf sebagai suatu warisan negara yang tidak ternilai. Ia telah ditukar menjadi sebuah pustaka peringatan bagi memperingati jasa-jasa pelakon itu dan arwah isterinya, seniwati Saloma.
Terdapat pelbagai koleksi peribadi pelakon ini, dan kita dapat lihat gambar-gambar, anugerah dan banyak lagi yang membuka ruang kepada semua lapisan masyarakat mengenali lebih dekat lelaki yang sederhana dan senang bergaul dengan orang ramai ini.
Tips
Dibuka pada hari Selasa hingga Ahad (10 pagi - 5.00 petang); Jumaat (10 pagi - 12.00 tengahari dan 3.00 petang - 5.00 petang). Ditutup pada hari Isnin (kecuali pada cuti sekolah dan cuti umum). Masuk adalah percuma.
Pengangkutan
Teksi
Anda boleh menggunakan pengangkutan awam untuk ke sini.
Talian Untuk Dihubungi
Pustaka Peringatan P Ramlee No. 22 Jalan Dedap Taman P Ramlee
(sebelum ini dikenali sebagai Taman Furlong),
Setapak 53000, Kuala Lumpur.
Untuk maklumat lanjut, hubungi +603 4023 1131.
Anda juga boleh layari laman web rasmi di: www.p-ramlee.com/p-ramlee/memorial.htm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment