Tuesday, December 22, 2009

Menara Berkembar Petronas

Menara Berkembar Petronas, bangunan 88-tingkat yang juga dikenali sebagai KLCC merupakan bangunan berkembar yang tertinggi di dunia. Menara kebanggaan Kuala Lumpur yang terletak di tengah-tengah pusat bandar ini mengandungi kompleks pejabat, dewan konvensyen, sebuah taman yang luas dan kompleks membeli-belah.

Seni bina menara berkembar ini direka oleh arkitek Amerika yang berasal dari Argentina iaitu Cesar Pelli yang mendapat ilham rekaan dari corak geometrik yang sering digunakan di dalam senibina Islam.





Taman KLCC merupakan sebuah taman yang luas dengan landskap yang direka indah terhampar di sebelah menara senibina yang unggul ini. Tarikan-tarikan lain yang terdapat berdekatan termasuk kompleks membeli-belah Suria KLCC, Dewan Filharmonik Petronas, Pusat Sains Petronas, Galeri Seni Petronas, Aquaria Oceanarium dan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur .


Tips
Jangan ketinggalan melawat jambatan udara (skybridge) yang dibuka kepada pelawat mulai jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang dari hari Selasa hingga Ahad (ditutup pada hari Isnin).


Pengangkutan
Jalan Kaki atau Teksi
Menara Berkembar Petronas terletak di antara Jalan Ampang dan Jalan Raja Chulan. Hotel Mandarin Oriental dan The Ascott juga terletak berhampiran dengan menara ini.

Jalan Darat (Keretapi)
Stesen KLCC dihubungkan oleh laluan keretapi PUTRA LRT.


Talian Untuk Dihubungi
Untuk maklumat lanjut, sila layar laman web : www. suriaklcc.com.my

1 comment:

  1. Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
    Dalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
    Yang Ada :
    TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
    Sekedar Nonton Bola ,
    Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
    Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
    Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
    Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
    Website Online 24Jam/Setiap Hariny

    ReplyDelete