Aspirasi untuk menubuhkan Muzium Angkatan Tentera bermula sejak awal tahun 1950 - an lagi. Walaubagaipun, pengumpulan bahan koleksi muzium hanya dimulakan pada tahun 1961 atas galakan Panglima Angkatan Tentera yang pertama Jeneral Tunku Osman bin Tunku Mohd Jewa. Mulai saat itu usaha-usaha membangunkan muzium telah dijalankan oleh semua Panglima Angkatan Tentera (PAT) selepasnya. Berek lama "The Wade Wing" telah dijadikan sebagai bangunan pertama muzium.
Pada tahun 1976muzium telah berpindah ke Maktab Tentera Diraja, Sungai Besi untuk membolehkan pembinaan bangunan baru Kementerian Pertahanan (KEMENTAH). Kemudiannya, muzium berpindahke sebuah rumah keluarga di KEMENTAH pada tahun 1981 dan selepas itu berpindah ke lokasi sekarang pada tahun 1985. Muzium ditadbirkan oleh satu lembaga yang mewakili semua departmen tentera di KEMENTAH dan seorang ahli awam. PAT menjadi penaung dan beliau melantik seorang pengerusi.
Tips
Muzium Angkatan Tentera dibuka setiap hari dari jam 1000 - 1800 kecuali Hari Jumaat dan Hari Raya Puasa/Hari Raya Haji. Tiada bayaran masuk dikenakan.
Pengangkutan
Bas, Teksi
Naik teksi atau bas Intra Kota No 255 di Stesen Jalan Bandar atau Lebuh Pasar untuk ke KEMENTAH. Perjalanan mengambil masa kira-kira 20 minit sahaja dari bandaraya Kuala Lumpur.
Talian Untuk Dihubungi
Muzium Angkatan Tentera
Jalan Padang Tembak,
50634 Kuala Lumpur.
Telefon: 2921333 samb 3889/2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment