Tuesday, December 22, 2009

Menara Kuala Lumpur

Menara KL yang mempunyai ketinggian 421 meter merupakan menara komunikasi yang keempat tertinggi di dunia dan salah satu dari tanda asas ibukota Kuala Lumpur yang terkenal.

Anda boleh menaiki lif berkelajuan tinggi di menara ini dan singgah di pelantar pemerhatian di menara ini yang terletak di ketinggian 335 meter untuk melihat pemandangan indah ibukota Kuala Lumpur. Dari sini, landskap ibukota yang dipenuhi dengan bangunan-bangunan pencakar langit dan kawasan-kawasan hijau boleh dilihat secara keseluruhan.

Hutan Lipur Bukit Nanas yang terletak di kaki Menara KL merupakan salah sebuah 'kawasan hijau' ibukota KL. Kawasan hutan hujan tua yang kecil ini menawarkan laluan-laluan siar bagi pejalan kaki dan tumbuhan serta haiwan yang hanya terdapat di Malaysia.

Di sini, anda pasti terpegun dengan kehadiran rama-rama beraneka warna, serangga, tupai, burung eksotik dan juga monyet di dalam habitat semulajadi mereka - semuanya di tengah-tengah bandar berhampiran kesibukan jalanraya!

Antara tarikan terbaru di Menara KL dan Bukit Nanas ialah aktiviti sukan lasak terjun 'bungee' yang dinamakan 'The G-Force'. Pengalaman anda akan dirakamkan dan diberikan kepada anda sebagai kenang-kenangan - Bukan untuk mereka yang lemah semangat!



Tips
Menara KL terletak agak jauh di atas bukit. Jika anda tidak gemar berjalan kaki dalam cuaca panas, anda disarankan menaiki teksi untuk ke sini. Persembahan muzik tradisional dan kontemporari sering diadakan di sini dan pastikan anda berhubung dengan pusat maklumat Menara untuk mengetahui jadual acara terkini sebelum anda pergi ke sana.



Pengangkutan
Monorel, Teksi
Cara paling mudah untuk ke Hutan Lipur Bukit Nanas ialah dengan menaiki perkhidmatan pengangkutan KL Monorail atau PUTRA LRT. Stesen terdekat bagi laluan PUTRA LRT ialah stesen Dang Wangi. Anda juga boleh menggunakan perkhidmatan KL Monorail dan turun di stesen Bukit Nanas. Dari situ, anda hanya perlu menaiki teksi atau berjalan kaki hingga sampai ke Jalan Sultan Ismail dan belok ke kanan di Jalan P. Ramlee, dan kemudian belok ke kanan sekali lagi untuk menaiki bukit. Pintu masuk Menara KL terletak di sebelah kiri anda.


Talian Untuk Dihubungi
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web : www.menarakl.com.my

1 comment:

  1. Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
    Dalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
    Yang Ada :
    TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
    Sekedar Nonton Bola ,
    Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
    Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
    Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
    Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
    Website Online 24Jam/Setiap Hariny

    ReplyDelete