Tuesday, December 22, 2009

Masjid Negara

Kubah utama Masjid Negara direka dengan bentuk bintang berbucu 18 yang melambangkan 13 negeri di dalam Malaysia dan 5 rukun Islam malah kelihatan seakan-akan sebuah payung yang sedang dibuka membawa gambaran aspirasi negara yang merdeka.

Merupakan salah sebuah masjid terbesar di Asia. Rekabentuknya yang unik dan moden mencerminkan unsur kesenian, khat dan hiasan Islam tradisional di dalam gaya yang kontemporari.

Semak peta ibukota anda. Sudah tentu anda dapat melihat bahawa Masjid Negara terletak berhampiran bangunan lama Keretapi Tanah Melayu yang mempunyai senibina yang indah, tidak jauh dari Tugu Negara dan Taman Tasik Perdana yang mempesona. Jika anda cergas dan sihat, anda boleh berjalan kaki melawat kesemua destinasi-destinasi tarikan yang berdekatan ini.


Tips
Pelawat diminta memakai pakaian yang sopan dan menanggalkan kasut sebelum masuk ke dalam masjid. Jubah juga boleh disewa di luar masjid.


Pengangkutan
Berjalan, Menaiki Teksi
Masjid Negara terletak di Jalan Kinabalu bertentangan dengan bangunan lama stesyen Keretapi Tanah Malaysia (KTM).


Talian Untuk Dihubungi
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi masjid ini di talian +603-2693 7905

1 comment:

  1. Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
    Dalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
    Yang Ada :
    TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
    Sekedar Nonton Bola ,
    Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
    Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
    Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
    Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
    Website Online 24Jam/Setiap Hariny

    ReplyDelete