Tuesday, December 22, 2009

Hutan Lipur Bukit Nanas

Hutan Lipur Bukit Nanas merupakan satu-satunya kawasan hutan asli jenis Dipterokarp Pamah yang masih wujud ditengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur. Hutan lipur ini dahulunya dikenali sebagai Hutan Simpan Bukit Weld dan merupakan Hutan Simpan yang tertua di Semenanjung Malaysia. Keunikan hutan lipur ini ialah kedudukannya yang strategik ditengah-tengah Kuala Lumpur dan dikelilingi oleh Hutan Batu (bangunan) yang menjadikannya penting dalam memainkan peranan sebagai ‘GREEN LUNG’ di Kuala Lumpur, Taman Hutan dan Hutan Pendidikan dan Penyelidikan.

Pengunjung-pegunjung juga berpeluang melihat pelbagai jenis flora yang tumbuh dengan semulajadi dan melihat fauna seperti burung-burung yang terdapat di kawasan ini sambil bersiar-siar. Terdapat 3 denai interpretasi (Denai Arboretum, Denai Penarahan dan Denai Merbau-Jelutong). Selain daripada itu terdapat beberapa kemudahan seperti padang permainan, pondok dan bangku rehat, kawasan perkhemahan serta berjogging. Satu Pusat Maklumat yang lengkap dengan bahan pameran dan infokiosk mengenai perhutanan disediakan.

Dibuka dari 7.00 pagi hingga 6.00 petang setiap hari termasuk hujung minggu dan cuti am.



Tips
Kawasan hutan hujan tua yang kecil ini menawarkan laluan-laluan siar bagi pejalan kaki dan tumbuhan serta haiwan yang hanya terdapat di Malaysia.

Pengangkutan
Monorel, Teksi
Cara paling mudah untuk ke Hutan Lipur Bukit Nanas ialah dengan menaiki perkhidmatan pengangkutan KL Monorail atau PUTRA LRT. Stesen terdekat bagi laluan PUTRA LRT ialah stesen Dang Wangi. Anda juga boleh menggunakan perkhidmatan KL Monorail dan turun di stesen Bukit Nanas.


Talian Untuk Dihubungi
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi,
Pejabat Hutan Wilayah Persekutuan
Lot 240, Bukit Nanas, Jalan Raja Chulan
50250 Kuala Lumpur.
Tel : 03-20706342

1 comment:

  1. Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
    Dalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
    Yang Ada :
    TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
    Sekedar Nonton Bola ,
    Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
    Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
    Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
    Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
    Website Online 24Jam/Setiap Hariny

    ReplyDelete